Website ini di miliki oleh Team Abemi Network, Top 1 Team dalam Mamasab.

Kami adalah Mamasab International Sdn Bhd

Mamasab International Sdn Bhd (dulunya Sabrina Bakery Sdn Bhd) merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan (desserts) selain produk-produk kelengkapan rumah yang lain, dengan mengunakan sistem ejen dropship.

Mamasab international kini sudah memiliki 12 cawangan seluruh Malaysia, dengan hasil jualan sebanyak 100 juta untuk tahun 2020. Kini Mamasab sudah melebarkan sayap di dalam bidang kosmetik, fesyen dan kelengkapan rumah dan mensasarkan sebanyak 35 cawangan pada tahun 2021

Kenali pengasas Mamasab International

Mamasab diasaskan oleh Pn. Siti Sabrina bt Sobri atau lebih dikenali sebagai nama Mama Sabrina @ MamaSab. Beliau merupakan bekas radiographer disebuah hospital kerajaan yang bertempat di Lembah Klang.

Mama Sabrina memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah beliau di Klang, pada tahun 2015. Pada waktu itu, Mama Sabrina banyak belajar resepi kek melalui kelas-kelas dan video youtube.

Demi mengembangkan perniagaan mamasab, Pn Sabrina sanggup belajar dari bermacam-macam guru pakar perniagaan di Malaysia. Alhamdulillah, cawangan Mamasab pertama di buka pada tahun 2018 di Petaling Jaya, dan dalam tempoh 3 tahun saja, Mamasab kini sudah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.

About-mama-800px
About-mama-800px

Mamasab merupakan bisnes berkonsepkan kekeluargaan.

Bisnes Mamasab merupakan bisnes yang berkonsepkan kekeluargaan. Nilai keluarga di pegang oleh founder Mama Sabrina, yang menganggap dirinya sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab membimbing dan mendidik seluruh staff, ejen dan jemaah runner Mamasab.

Mama Sabrina merupakan founder yang amat mudah didekati, yang sentiasa mengajak ejen dan dropship nya ke rumah. Beliau juga sangat santai dan “sempoi” dengan semua team Mamasab.

millionaire-club-800px
millionaire-club-800px

Founder Mamasab adalah seorang yang periang dan "happy go lucky"

Tontoni video di sebelah untuk mengenali personaliti dan sifat Mama Sabrina dengan lebih dekat.