Betulkah harga delivery kek mamasab mahal? December 20, 2020 – Posted in: Tips
Ramai customer agak kurang jelas berkenaan proses dan cas handling dan delivery kek Mamasab. Untuk makluman, Kek Mamasab sebenarnya dihantar oleh ‘posmen istimewa’ yang digelar ‘runner’. Runner merupakan orang pihak ke-tiga yang membuat khidmat sukarela sebagai penghantar makanan. Oleh itu, cas delivery/runner bukan lah di tetapkan oleh HQ mamasab, tetapi ia adalah harga yang diletakkan oleh runner itu sendiri. Para runner yang membantu menghantar produk mamasab bukan lah kakitangan HQ Mamasab.
Selain itu, proses penghantaran kek sebenarnya adalah satu proses yang remeh dan leceh. Kek perlulah di ‘handle’ dengan teliti oleh runner yang terlatih.
Kek tidak boleh ditindih-tindih dan mestilah disimpan pada suhu yang sejuk untuk mengelakkan kek dari cair dan rosak.
Kenderaan yang digunakan oleh runner juga tidak boleh dipandu laju terutama di selekoh, roundabout, dan bonggol/speed ramp. Kerana kek mungkin ‘melompat’ dan penyek akibat terlanggar bahagian tepi kotak.
Selain itu, Mamasab merupakan bakery viral yang kadang-kadang, runner terpaksa menunggu sehingga 2-3 jam hanya untuk pickup kek dari cawangan.
Untuk customer yang tak nak membayar cas handling & delivery… customer boleh datang terus dan pickup sendiri produk di cawangan Mamasab. Tetapi, sila take note bahawa anda mungkin terpaksa menunggu lama, terutama ketika Mamasab mengadakan promosi.
Selain itu, kek mamasab wajib dipickup pada hari yang dipilih, atau kek anda akan ‘burn’ / dilupuskan.