3 tips untuk menikmati kek Mamasab December 21, 2020 – Posted in: Produk Mamasab
Kek daripada Mamasab bakery tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, dan di buat segar setiap hari.
Untuk memastikan anda dapat menikmati kek Mamasab dengan sepenuhnya, bawah ini kami ada list kan beberapa tips mudah untuk semua #MamasabLovers
1. Tips untuk memastikan kek kekal lembut dan lembab (moist)
Untuk memastikan kek mamasab kekal moist dan gebu, sila pastikan kek di simpan di dalam kotak dan kemudian nya, kotak itu di letak kan ke dalam plastik yang diikat mati. Tips ini amat penting untuk memastikan lembapan dalam kek tidak kering dan hilang, yang boleh menyebabkan kek menjadi keras.
Kek mamasab tidak di saluti topping atau cream dibahagian tepi, untuk memastikan proses penghasilan kek dapat berjalan dengan angat laju dan lancar. Malangnya, kek yang tidak di saluti topping di bahagian tepi mudah kering jika terdedah di udara.
2. Suhu terbaik untuk memakan kek mamasab
Kek Mamasab lebih sedap dinikmati pada suhu bilik. Jika anda menyimpan kek di dalam peti sejuk, anda dinasihati untuk mengeluarkan kek itu dan dibiarkan panas pada suhu bilik.
Pada suhu bilik, segala toppings dan ganache akan kembali lembut, menjadikan rasa topping tersebut lebih pekat dan likat. Memang lebih nikmat jika anda ikut tips ini!
3. Jangan masukkan Brownies ke dalam peti sejuk.
Brownies Legend Mamasab, memiliki tekstur yang mampat, dan sangat penuh dengan kandungan dark chocolate. Brownies mamasab diperbuat daripada 70% coklat, dan 30% lagi terdiri dari tepung, telur dan butter.
Kandungan dark chocolate yang tinggi akan menyebabkan brownies mengeras apabila dimasukkan ke dalam peti ais, berbeza dengan brownies jenama lain yang mengandungi lebih tepung berbanding coklat.
Seeloknya, simpan lah brownies Mamasab di dalam bekas kedap udara, di luar peti ais.
This is custom heading element
I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
This is custom heading element